love forever

Selasa, 10 Mac 2009

Lelaki Selalu Berbohong & Wanita Sering Menangis

Jika kelemahan lelaki dan wanita begitu diambil kira, pastilah kedua-duanya tidak hidup berpasangan. Namun, sudah menjadi fitrah serta tuntutan hidup bahawa lelaki dan wanita saling memerlukan. Justeru, wujudlah percintaan dan perkahwinan. Perkahwinan yang sebenar serta bersih adalah antara lelaki dan wanita. Mustahil berlaku perkahwinan sesama lelaki atau sesama wanita. Hanya perkongsian hidup lelaki dan wanita saja yang menghasilkan zuriat untuk kelangsungan kewujudan manusia di dunia ini. Satu perkara yang menarik mengenai perhubungan lelaki dan wanita dalam konteks suami-isteri, ialah lelaki selalu berbohong dan wanita sering menangis. Mengapa hal sedemikian terjadi?

Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional, Dr. Tajudin Ninggal, lelaki dan wanita memang selalu serta wajar berkomunikasi antara satu sama lain. Katanya, dalam berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul. “Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. Sedangkan lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami,” katanya. Secara berseloroh, beliau berkata masalah wanita memang bermula daripada lelaki. Beliau menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris yang mengandungi suku kata men, his dan guy yang berkaitan dengan masalah wanita. Sebagai contoh, menopause, mental illness dan menstrual pain, histerectomy dan guynaecologist.

Beliau turut menyatakan satu hakikat dalam ungkapan yang menarik, iaitu wanita berbohong agar lelaki berasa selesa. Sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik. “Lelaki berbohong untuk kebaikan dan mahu bergantung pada seseorang. Mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan meredakan suasana,” jelas Dr. Tajudin.

Tambahnya, wanita menangis untuk menyelesaikan tiga perkara, iaitu membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda bersedih akibat perasaan yang amat tersayat. Perhubungan yang baik antara lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika tidak, hilanglah seri kehidupan ini. “Untuk mewujudkan perhubungan yang baik itu, lelaki dan wanita perlu berkomunikasi dalam dua bahasa, iaitu `bahasa lelaki’ dan `bahasa wanita’. Jika tidak, lelaki dan wanita akan terus saling menyalahkan,” tambah beliau.

Ada beberapa perkara yang diperlukan lelaki dan wanita. Yang menariknya, jumlah perkara tersebut sama banyak, iaitu kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan enam perkara. Lelaki memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan. Wanita pula memerlukan perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan.
Terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan lelaki-wanita sebagai suami-isteri, iaitu berleter dan bertanya soalan remeh. “Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. Oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan,” jelasnya.

Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar. Jangan berselindung atau seperti mendesak. Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti `Boleh tak?’.

Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi penyelesai masalah. Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian, sedangkan otak wanita berorientasikan proses. Semoga kerjasama antara lelaki-perempuan ini dapat melahirkan sebuah hubungan yang harmonis seterusnya membentuk keluarga bahagia.

Ahad, 8 Mac 2009

Pengalaman Di Kampungku, di Kuala Pilah

Pada 27 Februari yang lepas, aku, Fatin, Azril, Ikmal dan Pija pulang ke kampungku yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan kerana ingin menemuramah masyarakat Minangkabau. Semasa perjalanan ke Negeri Sembilan, kiteorang tersalah jalan dan memasuki bandaraya Kuala Lumpur. So, kiteorang cuma berpandukan pada signboard menuju ke Seremban je la. Entah macam mana, akhirnya kiteorang memasuki lebuh raya Lepas ( kalo tak silap la). Lebuhraya tu masih baru dari Kajang menuju ke Seremban. Ni la first time aku ikut lebuhraya tu. Alhamdulillah, kiteorang selamat sampai ke Seremban dan terus menuju ke Istana Lama Seri Menanti. Kiteorang pon lawat la istana lama tu, macam-macam ada.

Selepas tu kiteorang pegi la kat warung nak makan nasi. Aku dah pesan awal-awal kat member2 aku, sape yang tak makan pedas, boleh mintak makcik tu jangan buat pedas2, maklumla dalam kawasan Negeri Sembilan masakan eh memang pedas-pedas. Punya la berlagak si Ikmal dan si Pija tu cakap 'apa kes kalo tak pedas, pedas-pedas la sedap'. So, die dah cakap macam tu, aku diam je la. Dipendekkan citer, si Ikmal dan Pija makan sampai berasap-asap, pedas cow-cow. Padan muka, tu la berlagak sangat hahahahaha. Sebaik si Azril ok jer. Selepas makan, kiteorang pon terus ke rumah atuk dan uwanku di Kuala Pilah. Aku takut member2 aku ni tak paham loghat Negeri Sembilan, maklumla atuk n uwanku cakap pekat loghat eh. Aku budget dieorang paham jer. Biasa la, sampai je dieorang ni terus g tengok kambing2 kat nun hujung belakang rumah. Macam tak penah tengok kambing je bebudak nih. Makan malam, macam biasa la uwanku masak telur itik masak lomak cili api (masakan orang Negeri sembilan). So, dieorang kena makan la hahaha. Macam biasa si Azril memang selalu berselera jer.



Sesi Bergambar Selepas Temuramah

Jumaat, 6 Mac 2009

Program Menggapai Impian di SEMESTI

Alhamdulillah, akhirnya Program Menggapai Impian terlaksana sudah. Tiada apa yang hendak dikatakan lagi, hanya mengucap syukur kepadaNya. Segala persiapan dan persediaan sudah dibuat bagi menjayakan program tersebut. Penat memang la penat, tapi cukup berbaloi apabila program yang dijalankan seramai 10 orang dapat disempurnakan dengan jayanya. Kenangan manis dan pahit akan menjadi sejarah lipatan ingatan yang menghargai.


Bersama Adik-Adikku


Bersama ahli-Ahli Kumpulan Mangga


Persembahan Akhir oleh Fasilitator

Persediaan Perasmian Penutup

Ayat-Ayat Cinta